1.0
LATAR
BELAKANG SYARIKAT
Express
Design yang bertapak di Kelantan merupakan sebuah syarikat atau pengusahaan percetakan
baju. Syarikat kami menawarkan pelbagai jenis reka bentuk dan corak kepada
pelanggan. Kualiti dakwat yang tahan lama dan kepelbagaian reka bentuk corak
serta kualiti kain yang di import merupakan keistimewaan syarikat kami. Oleh
itu, syarikat kami lebih focus kepada kualiti dan keistimewaan penghasilan
untuk kepuasan hati pelanggan. Dengan ini, kami menjadikan nama Express Design sebagai
nama syarikat kami supaya pelanggan dapat mengenal produk yang kami tawarkan.
Syarikat kami merupakan syarikat utama yang
berpangkalan di Pasir Mas. Kami telah membuka sebanyak 5 kedai yang menyediakan
perkhidmatan percetakan baju di seluruh negeri didalam Malaysia. Antaranya
adalah di Kelantan, Terengganu, Pahang, johor, kuala lumpur. Selain itu, cetak
baju kami mendapat sambutan memberangsangkan dari luar Negara iaitu sempadan
Thailand (Golok)
Kelebihan yang ada daripada Express Design ialah
penghasilannya cetak baju original daripada daerah Pasir Mas yang mana peralatan
yang di import dari Thailand dan dicetak di pasir mas Kelantan.
2.0
LATAR
BELAKANG PENGURUS PEMASARAN
Nama : Muhammad Saifullah
Bin Mat Hassan
No
Kad Pengenalan : 931114-03-5099
Alamat :
Jalan Engku Muda Syed Daud Batu Tiga Repek 17070 Pasir
Mas
Kelantan
Jawatan : Pengurus Pemasaran Express
Design
Tahap
Pendidikan : Ijazah Pengurusan
Pemasaran
Pengalaman
Kerja : pam minyak, buruh kilang
kayu, dan jurujual perabot,
3.0
MISI
DAN VISI SYARIKAT
3.1
Misi
Menawarkan percetakan baju yang berkualiti tinggi setaraf jenama terkemuka dan memenuhi cita rasa penduduk Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya
Menawarkan percetakan baju yang berkualiti tinggi setaraf jenama terkemuka dan memenuhi cita rasa penduduk Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya
3.2
Visi
Menjadikan
syarikat percetakan baju yang terbesar di Malaysia dan mampu memasuki beberapa
Negara luar seperti Thailand, Indonesia, Brunie, Dan Singapure.
4.0
TUGAS
DAN TANGGUNGJAWAB
Ø strategi
periklanan dan promosi.
Ø kajian
pasaran
Ø Membuat
penilaian prestasi syarikat.
Ø meningkatkan
jualan produk
Ø mengenalpasti
kehendak pelanggan.
5.0
PRINSIP
DAN MATLAMAT SYARIKAT
5.1
Prinsip:
ü Memberikan
layanan terbaik kepada setiap pelanggan.
ü Memastikan
pelanggan sentiasa berpuas hati dengan
perkhidmatan kami.
5.2
Matlamat:
ü Mendapat
lebih banyak pelanggan
ü Menarik
usahawan lain untuk bekerjasama bagi menambah cawangan di tempat lain.
ü Menjadikan
produk kami terkenal seluruh Malaysia, serta Negara-negara berhampiran.
6.0
PROSES
PEMASARAN
7.0
STRATEGI
PEMASARAN 4P
Produk
|
Harga
|
Promosi
|
Tempat
|
Cetak baju
|
Seimbang
dengan harga pasaran, mampu milik
|
Potongan
harga bagi tempahan 30 unit ke atas
|
Kawasan Perindustrian
Apam, Lubok Jong 17000 Pasir Mas Kelantan
|
7.1
Produk
Syarikat kami
mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi yang mampu bersaing dengan produk
lain. Kami lebih focus kepada kehendak pelanggan supaya produk yang kami
tawarkan memenuhi citarasa pelanggan. Kami sering melakukan kajian dan
perbandingan produk supaya kami dapat mengeluarkan produk yang lebih
berkualiti.
Bil
|
Produk (baju)
|
1
|
T-shirt
biasa tak berkola lengan pendek
|
2
|
T-shirt
biasa berkola lengan pendek
|
3
|
T-shirt
biasa tak berkola lengan panjang
|
4
|
T-shirt
biasa berkola lengan panjang
|
5
|
Jersi
tak berkola lengan pendek
|
6
|
Jersi
berkola lengan pendek
|
7
|
Jersi
tak berkola lengan panjang
|
8
|
Jersi
berkola lengan panjang
|
Bekalan
Bahan Cetak
|
||||
Bil
|
Pembekal
|
Lokasi
|
baju /aksesori/dakwat
|
Terma
(Kredit/Tunai)
|
1
|
Earring
|
Bangkok
|
baju
|
Tunai
|
2
|
Nagoya
|
Shah Alam
|
baju
|
Tunai
|
3
|
Chantek
Aksesori
|
Sungai Buloh
|
Aksesori
|
Tunai
|
4
|
Shen
Tai, Ghuangzou
|
China
|
dakwat
|
Tunai
|
7.2
Harga
harga produk
yang kami tawarkan adalah berpatutan yang dapat bersaing dengan produk lain.
Harga kami tawarkan mengikut kualiti produk dan tidak membebankan pengguna.
Setiap pengiraan harga telah kami lakukan terlebih dahulu sebelum pengeluaran
produk supaya target pemasaran harga kami tidak lari dan cuba merendahkan harga
jualan kepada pelanggan serta mendapat keuntungan yang bertatutan.
Bil
|
Produk (baju 1unit)
|
Harga (RM)
|
1
|
T-shirt
biasa tak berkola lengan pendek
|
10
|
2
|
T-shirt
biasa berkola lengan pendek
|
12
|
3
|
T-shirt
biasa tak berkola lengan panjang
|
12
|
4
|
T-shirt
biasa berkola lengan panjang
|
15
|
5
|
Jersi
tak berkola lengan pendek
|
15
|
6
|
Jersi
berkola lengan pendek
|
17
|
7
|
Jersi
tak berkola lengan panjang
|
17
|
8
|
Jersi
berkola lengan panjang
|
20
|
7.2.1
KOS
BAGI T-SHIRT BIASA
7.2.1.1
Kos
Anggaran Jualan Produk
MASA
|
Kuantiti × harga
|
Jumlah(RM)
|
Minggu
|
500unit
× RM20
|
10
000
|
Bulan
|
2
000unit × RM20
|
40
000
|
7.2.1.2
Kos
Pengeluaran Produk
MASA
|
Baju
(RM10unit)
|
Upah (RM)
|
DAKWAT (RM)
|
SAMPINGAN (RM)
|
Jumlah (RM)
|
Minggu
|
500unit
|
1
500
|
1
200
|
500
|
8 200
|
Bulan
|
2
000unit
|
6
200
|
5
000
|
2
000
|
33 200
|
7.2.1.3
KOS
ANGGARAN KEUNTUNGAN
MASA
|
KOS JUALAN
– KOS PENGELUARAN
|
JUMLAH
|
MINGGU
|
10
000 – 8 200
|
1
800
|
BULAN
|
40
000 – 33 200
|
6
800
|
7.2.2
KOS
PERMULAAN PROJEK
7.2.2.1
PERBELANJAAN
PERMULAAN
BARANGAN
|
HARGA (RM)
|
Lesen
perniagaan
|
1250
|
Minyak
|
300
|
Elektrik
|
800
|
Sewa
lori
|
150
|
Khusus
cetak baju
|
1500
|
Air
|
1000
|
Telefon
|
150
|
Strimeyx
|
40
|
JUMLAH
|
5190
|
7.2.2.2
PEMBELIAN
ASET TETAP
BARANGAN
|
HARGA(RM)
|
Kipas dinding
|
Rm 600
|
Air cond (2 x RM 1
700)
|
RM 3 400
|
Mikser (1x RM 3 500)
|
RM 3 500
|
Cctv (4 x RM 600)
|
RM 2 400
|
Van terpakai
|
RM 8 000
|
Kerusi &
meja
|
RM 4 900
|
Alam (5 x RM
350)
|
RM 1 750
|
Mesin
fotostat
|
RM 2 000
|
Mesin juru wang (2 x RM600)
|
RM 1 200
|
Komputer (4 x RM 1
500)
|
RM 6 000
|
Kedai
|
RM 150 000
|
Meja & kerusi
pejabat
|
RM 2 200
|
Mesin punch kad
|
RM 800
|
LAIN-LAIN
|
RM 3 000
|
JUMLAH
|
RM 189 750
|
7.2.2.3
Perbelanjaan
Pemasaran
Barangan
|
Harga(RM)
|
Kad perniagaan
|
300
|
Kertas iklan
|
200
|
Jumlah
|
500
|
7.3
Promosi
Syarikat
kami melakukan pelbagai jenis promosi bagi memastikan produk kami dikenali dan
mendapat perhatian oleh pelanggan. Promosi ini juga untuk mengekalkan pelanggan
serta menambahkan bilangan pelanggan. Setiap promosi dibuat adalah untuk
memenuhi citarasa pelanggan. Syarikat kami menggunakan pelbagai jenis promosi
untuk menarik perhatian pelanggan.
7.3.1
Pengiklanan
Jenis pengiklanan yang kami buat adalah kami menggunakan poster dan
banner yang dilekatkan di setiap kawasan perumahan yang berhampiran dengan
premis cetak baju kami. Ianya bertujuan untuk memberitahu pelanggan mengenai
kewujudan cetak baju kami di kawasan
mereka.
7.3.2
Promosi jualan
Syarikat kami menyediakan promosi jualan. Antaranya, potongan harga dan
kad keahlian.. Ianya bertujuan untuk menarik hati dan perhatian pengguna untuk
menggunakan produk kami
Jenis promosi
|
Tahap potongan harga(%)
|
Akhir
tahun
|
20
|
Tempahan
30 unit keatas
|
10
|
Kad keahlian
|
10 keatas
|
7.3.3
Pemasaran Internet
Syarikat kami menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter,
Instagram dan pelbagai lagi.tujuannya untuk memperluaskan jualan kami hingga ke
seluruh Malaysia. Penggunaan cara ini lebih mudah dan menggunakan kos yang
sangat rendah. Kami menyediakan tempahan online kepada pelanggan. Segala
maklumat mengenai cetak baju dicatatkan di dalam pengiklanan tersebut.
7.4
Tempat
7.4.1
Lokasi
premis
Kawasan
Perindustrian Apam, Lubok Jong 17000 Pasir Mas Kelantan.
Kawasan ini
strategi kerana ia merupakan tempat tumpuan pelanggan untuk pembelian barangan
borong. Hal ini kerana kawasan itu teletak berhampiran Kolej Kemahiran Tinggi
Mara, Kem Panglima Pusu 40, sekolah SMK Panglima Raja dan persekitarannya
dipenuhi dengan kilang-kilang.
7.4.2
Peta
Lokasi
Epul Cetak Baju Pasir Mas
|
7.4.3
Waktu
operasi perniagaan
Waktu
Perniagaan : 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
Hari
Cuti : setiap Jumaat dan
Cuti Umum
7.4.4
Gambar
premis
8.0
PESAINGAN
Persaingan
merupakan perkara biasa dalam perniagaan. Bagi memasukki perniagaan ini, kami
perlu bersaing dengan lebih dari segi mutu dan kualiti. Pelanggan akan memilih perkhidmatan
yang berkualiti dan harga yang berpatutan. Kualiti dari segi kebersihan juga
perlu diutamakan. Kami memiliki pesaing yang amat ramai kerana industri percetakan
baju merupakan industri yang makin meluas zaman ini.
Terdapat pelbagai pesaing yang kami perlu
bersaing sama ada dari segi pemasaran ataupun kualiti produk. Setiap cawangan
kami mempunyai pesaing yang berbeza beza. Oleh itu, kami lebih focuskan apa
yang pelanggan kehendak supaya pelanggan berpuas hati dengan produk yang kami
tawarkan.
9.0
SASARAN
PASARAN
9.1
Pelajar
ü Kebiasaannya
pelajar akan mencetak baju bagi pertubuhan kelab atau kumpulan.
ü Kuasa
membeli lebih besar dan berkemampuan untuk membeli produk kami.
9.2
Di
pasaraya besar
ü Setiap
pasaraya besar memiliki reka bentuk dan corak baju tersendiri supaya pelanggan
dapat membezakan antara pekerja dengan pelanggan.
ü Pasar
raya besar akan membuat percetakan secara terus menerus kerana pekerja pasar
raya sentiasa bertukar-tukar.
9.3
Badan
beruniform atau kelab
ü Biasanya
golongan ini gemar untuk membuat percetakan baju kerana menjadi bukti dan
kenangan sebagai simbol aktiviti yang mereka jalankan.
ü Semakin
banyak kelab ditubuhkan, semakin memberangsangkan prestasi syarikat kami.
10.0
ANALISIS
S.W.O.T
KEKUATAN
|
KELEMAHAN
|
PELUANG
|
HALANGAN
|
Harga berpatutan
|
Mempunyai satu jenis produk
sahaja.
|
Menjadi trend zaman
sekarang
|
Terlalu ramai
pesaing.
|
Kualiti tinggi
|
Memerlukan masa untuk
penghasilan produk
|
Mempunyai ramai
peminat.
|
-
|
Reka bentuk dan corak
mengikut cita rasa pelanggan
|
Banyak syarikat
seakan sama dengannya
|
Menjadi kepentingan
sesetengah pihak
|
-
|
11.0
TINJAUAN PEMASARAN
Syarikat kami
melakukan tinjauan pemasaran bertujuan memperoleh maklumat terkini mengenai keadaan
semasa pemasaran. Maklumat yang diperoleh sangat penting kepada syarikat kami
kerana ianya merupakan pemerhatian terhadap keadaan semasa ekonomi sesebuah
negara. Selain itu, ianya membantu syarikat kami untuk melakukan ramalan
mengenai potensi dan prestasi perkhidmatan kami dengan pesaing. Terdapat
beberapa aspek yang digunakan dalam melaksanakan proses peninjauan pemasaran
ini seperti keperluan dan permintaan pasaran, pesaing terdekat, sasaran
pasaran, kekuatan dan kelemahan produk sedia ada dan saham pasaran.
11.1
Keperluan Dan
Permintaan Pasaran
mata wang negara
mempengaruhi pengeluaran produk. Oleh itu, Syarikat seharusnya peka dengan
keperluan pengguna dengan melakukan kaedah soal-selidik untuk mengetahui permintaan
tertinggi semasa. Hal ini kerana, citarasa dan keinginan pengguna sentiasa
berubah. Selain itu, ramalan
terhadap citarasa dan kemahuan pengguna pada masa akan datang juga boleh dilakukan supaya dapat membantu
syarikat memenuhi kehendak pelanggan.
11.2
Pesaing terdekat
Melakukan kajian dan analisis terhadap prestasi pasaran produk syarikat
dengan persaingan yang berdekatan. Oleh itu, syarikat kami sering melakukan
perubahan strategi pemasaran supaya berbeza dengan syarikat persaingan.
Tujuannya adalah untuk menjadikan syarikat kami unit dan berbeza. Setiap
keunikan yanag dibuat merupakan imej syarikat kami yang sentiasa dikenali
pelanggan.
11.3
Sasaran pasaran
Sasaran produk kami adalah jantina, kaum, geografi, umur dan lain-lain. Potensi
pasaran untuk satu-satu kawasan dan dalam suatu jangka masa tertentu diambil
kira untuk melihat siapa sasaran pengguna tertinggi yang mengguna perkhidmatan
syarikat. Hal ini bertujuan untuk menentukan kadar pengeluaran produk mengikut
jumlah pengguna pada satu-satu masa seterusnya menentukan pengguna setia dan
menjadikan produk syarikat kami sebagai pilihan utama.
12.0
LAPORAN RINGKAS
AKTIVITI PEMASARAN
12.1
Misi Sukarelawan
Bantuan Banjir 2014
Tempat : Pusat
pemindahan banjir Pasir Mas
Masa :
8.00 am – 5.00 pm
Tarikh : 26
Disember 2014
Promosi : Mengagihkan T-Shirt kepada Mangsa Banjir.
12.2
Membuat Tajaan
Perkhemahan Agong Unit Beruniform Sekolah Diperingkat Daerah
Tempat : Tok
Bali
Masa :
8.00 am – 6.00 pm
Tarikh : 12-15
Julai 2016
Promosi :
Menaja barangan kemudahan aktiviti sukan
13.0
KESIMPULAN
Apa yang syarikat kami usahakan akan
mendapat kesan positif pada masa akan datang. Kami berharap syarikat kami akan
kekal dan terus maju dalam bidang perniagaan percetakan baju ini dan mampu
bersaing dalam peringkat globalisasi. Segala objektif, misi, dan visi yang
menjadi focus syarikat akan kami usahakan supaya apa yang diinginkan tercapai
dengan cemerlang. Pelbagai rintangan dan halangan yang kami tempuhi dalam
tempoh membangunkan syarikat ini menjadi satu inspirasi untuk kami bekerja lebih
gigih.
14.0
PENGESAHAN
diatas sokongan ahli keluarga dan para sabahat
yanag memberi semangat serta bimbingan serta nasihat dalam perniagaan ini.
Selain itu, komitmen yang penuh oleh pekerja yang membuahkan hasil positif
dalam pekerjaannya. Kesannya, pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang
di tawarkan.
syarikatan ini telah menjalankan kajian ke
atas pelanggan mengenai kepuasan dan kehendak mereka. Maklumat yang diperolehi
akan di kaji dan akan menawaran produk mengikut cita rasa pelanggan. Segala
maklumat disalurkan terus kepada bahagian pemasaran dan perkhidmatan bagi
memasarkan dan memberi perkhidmatan mengikut kepuasan pelanggan. Oleh itu,
Syarikat Express Design menjadi syarikat pilihan banyak pelanggan dan ini
merupakan hasil yang membuahkan menjadikan syarikat ini tetap kukuh sehingga
sekarang.
Laporan yang dibentangkan ini adalah benar dan
menepati syarat dan kehendak syarikat sepanjang tempoh operasi bagi tahun 2016.
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh,
……………………………….
(MUHAMMAD SAIFULLAH BIN MAT HASSAN)
Pengurus Pemasaran,
SYARIKAT EXPRESS DESIGN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan